salam

emas

BAB (1) BAGAIMANA MEMULAKAN PERNIAGAAN EMAS


Dalam bab pertama ini saya mengajar anda bagaimana memulakan perniagaan emas dengan melibatkan pihak kedua iaitu pemborong emas atau tauke kedai emas. Cara ini telah membuat saya ke tapak perniagaan emas tanpa menanggung risiko tinggi.

Saya pernah memulakan langkah pertama menjual emas dengan bermodalkan RM500. Ketika itu emas masih rendah harganya. apa yang saya lakukan, saya mencari kedai emas yang berdekatan dengan kediaman saya untuk berbincang tentang bagaimana saya boleh mendapatkan bekalan emas untuk berniaga.

Melalui perbincangan itu saya dibekalkan beberapa photo barang emas seperti rantai, cincin, loket dan sebagainya untuk saya tunjukkan kepada pelanggan saya. Saya juga membeli seutas rantai bernilai RM280 dan sebentuk utas rantai tangan bernilai RM220. Dengan modal permulaan ini saya melangkah ke hadapan mencari pelanggan dari kalangan kawan-kawan dan saudara mara. Hari pertama saya memulakan langkah pertama saya berhasil menjual kedua-dua produk tersebut dan mendapat untung RM90. Ini bermakna saya telah mendapat tambahan modal RM590. Selain dari pesanan pilihan daripada photo. Ketika itu saya mendapat pesanan dari photo yang saya tunjukan sejumlah melebihi RM3000. Oleh kerana saya berjaya menawarkan perniagaan ini dan meraih keuntungan yang agak lumayan, saya mendapatkan modal tambahan RM2500 melalui isteri. Kami mengeluarkan wang simpan untuk tujuan membeli produk yang ditempah oleh pelanggan. Daripada modal nilai RM3000 itulah saya dapat mengumpul keuntungan25% iaitu RM750. Ini bermakan pendapatan saya selama seminggu ialah RM840.

Langkah demi langkah dan berusaha bersungguh-sungguh, hasilnya saya mampu meraih pendapatan dalam bulan pertama RM2470. Daripada modal pusingan RM3000. Alhamdulilah. Kalau saya hendak sebut tentang pendapatan sekarang..itu adalah rahsia saya. Tetapi tidak kurang dari 5 angka sebulan. anda boleh melakukannya.

Sama ada memulakan dengan membeli emas terpakai kemudian dicuci dan dijual semula kepada pelanggan atau memulakan perbincangan dengan tauke kedai emas untuk mendapatkan komisyen, inilah langkah bijak yang anda boleh lakukan sekarang.

 Orang yang berjaya dan kaya selalunya mencari peluang yang menguntungkan dan bukan mencari keuntunga berlandasakan risiko yang boleh mengagalkan perniagaannya. EMAS adalah peluang terbaik dan tidak mempunyai risiko tinggi. 1% risiko yang sering berlaku seketika iaitu harga emas turun. Tetapi pasti melonjak semula. Emas di simpan lama tidak akan luput tarikhnya berbanding produk biasa.


Anda jawap soalan saya di muka hadapan page ini: iaitu antara kereta mecedec dengan emas apa bezanya?


 

*Perhatian:- laman ini akan sentiasa di kemaskini tentang maklumat terkini. Anda dinasihatkan sentiasa membuka laman ini.



__________________________________________________________________________

HOME     PAGE1      PAGE2