salam

emas

BAB (5) Berapa komisyen akan anda perolehi.

Berapa komisyen yang anda inginkan itu bergantung kepada anda. Biasanya keuntungan emas ialah antara 15% ke 25% bergantung kepada jenis emas. Jika emas 999.9 keuntungan yanganda boleh perolehi di antara 20% ke 25% bergantung kepada nnilai semasa dan nilai sewaktu memilikinya (membelinya).

Untuk menentukan keuntungan yang lumayan anda perlu meneliti harga pasaran. iaitu:
1) Pastikan harga semasa membeli dan bandingkan harga pasaran sekarang. Mungkin pada tahun lalu anda membeli rantai 916 dalam harga RM84 segram dan kini nilai segram RM134. Ini bermakna anda memiliki RM untung per gram x berapa gram emas tersebut. contoh: RM134-RM84 = RM50 x 10 grm =RM500.

2) Jangan menjual emas yang masih awal pembeliannya. Tetapi jika ada permintaan teruskan jualan. Tetapi keuntungan anda antara 10% -15% sahaja.

Seperti yang saya maklumkan emas adalah barang berharga yang boleh naik nilainya sekalipun disimpan jangkamasa panjang. Tetap menguntungkan. Ianya satu pelaburan terbaik berbanding mata wang.


________________________________________________________________________________

HOME   PAGE 1   PAGE 2   PAGE 3   PAGE 4   PAGE 5   PAGE 6