salam

emas

BAB (6) Bagaimana membeli emas terpakai dari orang

Sebenarnya perniagaan ini telah lama dijalankan oleh orang china. Seperti pajak gadai selain dari menerima pelanggan bagi tujuan meminjam wang dengan mencagarkan barang kemas (emas), pajak gadai juga membeli emas terpakai dengan nilai semasa. Ada sesetengahnya mengambil kesempatan dengan mengurangkan nilai emas semasa dengan memberikan pelbagai alasan. Antaranya emas itu dikatakan rosak. Sebenarnya nilai emas tidak akan turun sekalipun rosak atau rantai emas putus. Emas perlu ditimbang kemudian dinilai dengan harga semasa.Secara langsung ramai pelanggan tertipu dengan sikap pembeli barang emas terpakai ini.

Saya mula belajar membeli emas terpakai ini dengan bermodalkan kurang dari RM500. Sebenarnya ramai di kalangan pemilik emas terpakai yang rosak ingin menjualnya. Sebagai saudagar emas anda kenalah bersikap jujur dalam membeli hak milik pelanggan anda.

Untuk tujuan memulakan langkah pertama di sini saya berikan tipnya:-
1) Sediakan nilai wang yang bersesuaian dengan keperluan ketika membeli emas terpakai. Sebagai contoh anda perlu ada RM500 untuk membeli barang kemas bernilai kurang dari RM500. Jika lebih adalah lebih baik kerana anda mungkin didatangi pelanggan yang hendak menjual barang emas mereka dengan nilai semasa.

2) Dapatkan maklumat terkini setiap hari harga pasaran emas, 999.9. 916 dan yang lain. Ingat! anda pembeli, maka perlulah membeli dengan harga beli iaitu nilainya rendah dari harga jual. Sebagai contoh:- Emas 999.9 harga beli RM155 segram. Harga jual RM147 se gram. Anda perlu menggunakan sebut harga jual RM147 se gram.

3) Untuk mendapatkan harga emas semasa anda boleh melawati laman web yang menyediakan harga naik turun emas misalnya: Bank Negara, Public Gold dan banyak lagi. Anda juga boleh mendapatkan maklumat ini melalui kedai-kedai emas ternama di mana menyediakan papan kenyataan harga pasaran emas. beli dan jual.

4) Tidak ramai yang tahu anda seorang pembeli emas terpakai. Mungkin kawan, saudara-mara anda saja yang tahu. Maka war-warkan perniagaan anda kepada sesiapa yang anda kenali. Biasanya iklan dari mulut kemulut ini menjadi lebih lancar berbanding iklan berbayar di akhbar.

5) Jika anda serius untuk melakukan perniagaan ini, cara yang berkesan anda buatlah panplet yang memberitahu anda sedia membeli emas terpakai dengan harga tinggi.Berikan kepada sesiapa saja yang anda lihat. Rajin-ranjinkan diri untuk maju ke hadapan. Selain dari itu tampalkan poster di tempat-tempat kediaman atau tempat-tempat yang sering jadi tumpuan orang ramai. Mungkin peringkat awal tidak semudah itu anda dapat pelanggan. Namun untuk jangka masa panjang peranan iklan ini menjadi satu tunjuk arah sesiapa yang ingin menjual emas terpakai.

BAGAIMANA HENDAK MENJUAL EMAS TERPAKAI YANG TELAH ANDA BELI?
Caranya mudah saja. Sebelum itu saya ini menegaskan bahawa seberapa banyak stok yang anda ada tetapi belum dapat dijual itu bukalan satu perniagaan yang merugikan. Malah disebut pelaburan masa hadapan kerana emas semakin meningkat harganya. Emas tidak busuk atau ada tamat tempohnya. semakin lama anda simpa semakin bernilai. Berbanding dengan seorang peniaga MLM yangmenyimpan stok banyak dan sukar untuk dijual kerana perminataan produk yangmudah lupus penggunaannya perlu disegerakan jualannya. Berbanding dengan emas, walaupun permintaannya lambat. Namun ia tidak akan lpus, malah semakin berharga.Bagaimana hendak menjual emas yang anda beli dan meraih keuntungan? Mudah sahaja.

1) Sebelum menjual emas terpakai pastikan jika emas itu rosak, anda hendaklah perbaikinya dengan menghantar ke tukang pulih emas. Campurkan kos pembaik pulih tersebut dengan kos ketika anda membelinya. Jika tidak rosak barang kemas itu perlu dicuci supaya nampak sinar keemasnya.

2) Seperti langkah pertama ketika membeli emas terpakai. Begitulah juga langkah yang sama anda perlu lakukan. Dengan war-warkan kepada saudara-mara, kawan dan kenalan. nyatakan anda menjual emas tidak mengambil upah seperti terdapat di kedai-kedai emas. Mengapa emas yang kita beli di kedai emas tinggi harganya dari harga pasaran? Sebenarnya mereka mengenakan kos upah jual. Anda jangan gunakan kaedah itu. Sebaliknya niallikan emas anda dengan harga pasaran semasa. (Chontoh: Jika waktu membeli dahulu RM147 segram, pastikan anda menjual dengan harga jual RM155 segram.

3) Awas!!! Jangan iklankan melalui panplat atau poster kerana ini akan menggalakan perompak mengenai anda yang memiliki emas. Paling selamat anda war-warkan kepada setiap kenalan anda. Masa yang sesuai untuk menjual emas ialah sebulan sebelum musim perayaan atau ketika kebanyakan orang telah selesai dalam penyediaan kos persekolahan anak dan sebagainya. Anda juga boleh mengadakan progrman kutu yang sesuai dengan harga emas yang anda jual. Sistem ini lebih selamat kerana anda menerima bayaran pukal atas jualan. Jika anda berminat untuk menjual emas secara ansuran, ianya boleh dilakukan dengan syarat tempoh yang sesuai. Tambah nilai harga emas mengikut masa, mislanya 10% atau 25% lebih dari hargan emas.

4) Sebenarnya menjual emas tidaklah susah seperti menjual produk. Semua orang tahu emas dan harganya. Berbanding produk, menjual emas tidak perlu banyak penerangan,sekadar menyebut berat emas, harga segram dan nilai emas tersebut. selain dari itu sistem jualan yang anda sediakan, ansuran, atau tunai.

5) Sedia maklum memulakan perniagaan emas ini mengambil lama untuk berjaya, setahun atau 2 tahun jika anda tekun. Bagi diri saya, saya mengambil masa 6 bulan sahaja telah berjaya mengumpul aset emas bernilai RM35 ribu.Berjaya menjual sejumlah RM20 ribu. hari ini saya tidak perlu bersusah-susah memperkenalkan diri saya. Ramai yang mengenali saya malah terlalu mudah untuk mendapatkan bekalan emas terpakai dari orang ramai.

6) Langkah seterusnya sediakan surat janji jual beli. Yang mengandungi nama penuh, no kad pengenalan dan nama atau jenis emas. Dapatkan potostat kad pengenalan. Ini perlu anda sediakan dan lakukan bagi mengelak daripada anda disabitkan kesalahan membeli emas curi. Awas!!! pastikan emas yang anda beli bukan dari mereka yang mencuri emas.

7) Jangan lupa sedikan peralatan timbang sukat yang boleh dibeli dari kedai jual timbang digital. Ada yang murah tidak melebihi RM100. (kecil seberat 1kilogram). Jangan lupa membeli asid uji emas dan batu uji. Semua ini anda bole hdapati dari pembekal peralatan lenguji emas. Jika anda tidak tahu di mana hendak membelinya, anda boleh lawati website. Palign mudah anda kunjungi kedai pembaik pulih emas dan bertanyakan di mana adanya kedai penjual alat sukat dan uji emas di sekitar daerah anda.

8) Saya ingin menasihati anda supaya jangan terlau gopoh dalam memulakan perniagaan ini. Anda mulakan sedikit demi sedikit. Tetapi jika anda mempunyai modal yang besar, anda boleh memulakan langkah drustik dengan membeli emas bukan saja emas terpakai tetapi dari penjual emas baru. Bukan kedai emas, tetapi pembekal emas (barang kemas perhisan).Keterangan lengkap cair di laman web. Tulis saja perkataan :"perusahan emas"atau "agen emas ".

9) Sediakan akaun yang lengkap dalam satu buku khas selain dari komputer (jika ada). Buku kecil amat penting untuk anda membawa kemana saja ketika berjumpa pelanggan .Jika anda komputer riba itu amat baik dan anda bolehlah menyediakan blog anda sendiri yang memuatkan koleksi emas anda untuk di jual.

10) Buku rujukan ini hendaklah mengandungi tarikh anda membeli emas, berat emas, jenis emas, harga emas. Maklumat ini penting untuk memudahkan anda menjual mengikut nilai semasa. Sangkutkan penanda kecil yang diikat dengan benang pada barang emas itu yang menunjukkan jenis emas, berat emas dan hargase gram.

Akhir sekali cara terbaik untuk memperkenalkan diri anda dalam perniagaan ini ialah dengan menyediakan blog khusus (jika anda mempunyai internet dan komputer). jika tiada, anda bloeh berkunjung ke siver cafe. Gunakan kesempatan untuk mempopularkan diri anda.Sediakan blog,kemudian buka akaun facebook, twistter, freindstar dan link kan blog anda.Selamat Berjaya.

Contoh iklan tampal:

Anda perlu membuat iklan tampal ini bagi memperkenalkan perniagaan anda kepada umum. Dengan menggunakan microsoft office Word atau Power Poin, anda rekabentuk seperti contoh di atas. Print sehelai dan buat photostat mengikut keperluan tempat yang bersesuaian untuk di tampal.Jangan lupa potong pada bahagian no telefon supaya memudahkan orang yang berminat mengambil no telefon anda.

Contoh iklan peti surat atau by-hand:

Iklan peti surat amat penting berperanan mengembangkan perniagaan anda supaya diketahui umum.Buat rekabentuk setengah daripada kertas A4 (bahagia dua bahagian). Photostat sejumlah yang banyak bagi memenuhi keperluan kawasan perumahan atau flat untuk dimasukan ke dalam peti surat. Selain dari tu ia juga berperanan untuk diberikan kepada sesiapa saja yang and berjumpa (by-hand). Dengan cara ini perniagaan anda berkembang. Melalui kajian yang pernah saya lakukan antara 1000 keping iklan peti surat saya edarkan 10% telah saya dapat. Bererti ia satu perniagaan mudah menarik pelanggan.

PERKARA PENTING PERSEDIAN UNTUK PERNIAGAAN ANDA:

1) Sebaik mungkin anda menubuhkan sebuah syarikat dengan mendaftar di SSM sebagai pemilik tunggal syarikat. Bertujuan untuk membolehkan pembeli atau penjual melihat kebenaran anda dalam perniagaan ini. Terkadang terdapat mereka yang tidak bertanggungjawap melakukan perniagaan ini untuk tujuan salah. Selain dari itu semua keperluan anda seperti name card, resit rasmi atau surat akurjanji beli / jual atas nama syarikat yang berdaftar.Kos pendaftaran hanya RM50.
2) Pilihlah nama syarikat yang bersesuaian dengan perniagaan emas anda.Contoh: ARENAWATI GOLD MARKETING...Jenis perniagaan: Menjual emas baru dan terpakai, menjual dan membeli jongkong emas, membeli surat pajak gadai dan membeli emas lama.Agen kepada syarikat penjual emas.
3) Buat cap perniagaan, kad perniagaan, resit jual beli, surat akur janji jual beli yang berkepalakan (letterhead) nama syarikat anda.
4) Beliah timbang digital yang harganya kurang daripada RM100 untuk timbangan 500gram. Rujukan kedai yang menjual timbang emas.
5)Modal permulaan keperluan ini tidak melebihi RM300.

APAKAH PERBANDINGAN ANTARA PERNIAGAAN MENJUAL BURGER / NASI LEMAK DENGAN PERNIAGAAN INI?
Seperti yang anda lihat pada muka hadapan blog ini apakah bezanya antara sebuah kereta mecedis dengan seketul jongkong emas seberat 1 kilo? Sudah pasti kereta mewah itu bergaya namun susut nilai dan lusuh. Jongkong emas satu kili ini pula semakin lama semakin tinggi harganya. fikirkanlah maksud saya ini. Bukan tidak boleh anda memiliki sebuah kereta mewah jika anda mampu, namun perbandingan ini yangmana lebih menguntungkan nampak mewah dengan kemewahan?
Begitu juga dengan perniagaan sampingan mungkin selepas waktu kerja, sebelah malam atau hari cuti anda bercadang membuka gerai menjual burger/nasi lemak dan lain-lain. Sudah pasti modalnya melebihi RM3000 atau kurang dari itu. Namun bolehkan ianya menjanjikan modal pelaburan keperluan asas diperolehi kembali suatu ketika nanti? Jawapnya anda mempunyai risiko 80% hingga 90% dan mungkin 100% kerugian antara nyata dan tidak nyata.Risko kurang pelanggan, tidak laku, bahan perniagaan akan basi dan sebagainya.

Bagaimana jika anda gunakan modal RM3000 itu untuk memulakan perniagaan saudagar emas, sama ada membeli emas lama atau baru, menjual jongkong emas.Mungkin agak kurang lancar perniagaan ini.Akan tetapi modal anda tidak terbenam dalam risiko nyata. Misalnya anda memilih menjual jongkong emas. Penjualan anda tidak berkesan atau kurang laris kerana mahal atau macam-macam alasan pembeli, lebih tepat tiada pembeli. Apakah emas itu akan rosak, susut nilai atau anda rugi? Jawapnya tidak akan rugi, kerana bukan saja modal masih kukuh, keuntungan semakin nampak walaupun tersimpan setahun kerana semakin lama nilai emas meningkat. Sebab itulah dikatakan pelaburan hadapan emas.

Nasihat saya jangan memilih perniagaan yang risikonya tinggi.Pilihlah perniagaan yang tidak lapuk dik zaman dan perniagaan itu terus menguntungkan walau tidak aktif.

Pelabur-pelabur terkenal kekayaan mereka adalah dengan nilai simpanan aset emas jongkong yang tersimpan di bank. Mungkin mereka banyak wang dan sanggup membeli berkilo-kilo jongkong emas untuk di simpan bagi tujuan pasaran hadapan. Bagaimana kita yang kurang pendapatan atau tidak sekaya mereka? Bolehkah kita ikut jejak mereka? Jawapnya boleh. Mulakan hari ini, simpan emas walau 1 gram. Jika mampu belilah jongkong emas sekurang-kurangnya 5 gram. Niagakan atua simpan sahaja pilih yang mana anda berminat.

Emas..Barang kemas, rantai,cincin, gelang, loket dan anting-anting merupakan hiasan wanita. Bak kata perpatah : "Bukan wanita jika tidak memakai perhiasan di tubuh walau sejangut udang besarnya emas itu". Bererti emas jadi pilihan apabila mereka (wanita) berkemampuan. Paling tidak upacara pertunangan dan pernikahan sudah pasti memerlukan sebentuk cincin yangbertatahkan permata.

Jelasnya langkah yang bijak seorang yang tidak punya modal yang banyak untuk membeli saham, melabur dalam perniagaan seperti hartanah, perumahan dan sebagainya, maka mulakan langkah pertama jadi jutawan emas. BERMODAL YANG RENDAH, PENCAPAIAN YANG TINGGI SETANDING PERNIAGAAN YANG BESAR.


 Contoh Surat Akur janji pembelian emas terpakai:











"RAMAI ORANG YANG KAYA MEMBELI EMAS SEBAGAI PELABURAN MASA HADAPAN"




_________________________________________________________________________________

HOME   PAGE 1   PAGE 2   PAGE 3   PAGE 4  PAGE 5  PAGE 6   PAGE 7