salam

emas

BAB (7) Bagaimana membeli surat pajak

Sebenarnya ramai dikalangan pengadai hilang emas gadaiannya kerana tamat tempoh.Bukan saja kehilangan barang ebrharga, malah ia dikatakan rugi. Kerana nilai gadaian tidak sama dengan nilai emas sewaktu di beli. Antar 55% ke 60% sahaja emas itu diberikan pinjaman wang. Ini mengikut kadar sesetengah temapt di mana pajak gadai tersedia.

Sebenarnya anda boleh menjadi seorang peniaga emas yang telah cukup tempoh gadainya ini dengan berbagai cara. Antaranya:

1) Dapatkan surat gadaian dari pelangan anda.
2) Dapatkan pengesahan untuk menebus gadaian (buat surat bertulis) yang mengandungi mengakuan pemilik barang kemas itu membenarkan anda menebusnya. Tanda tangan, no kad pengenalan, jenis barang kemas dan pastikan surat pajakan dan salinan kad pengenalan.
3) Atau paling mudah anda bawa si pegadai tersebut ke kedai pajak gadai dan dia sendiri sendiri menebusnya dengan anda yang menyedikan wang tebusan.
 4) Setelah barang emas tersebut dapat ditebus anda boleh memberi 2 pilihan. A) Si tuan punya menjualnya kepada anda. B) Mengadainya semula kepada anda dengan nilai upah cagaran emas 25%.
 5) Jika si tuan punya barang kemas ingin menjualnya kepada anda, anda hendaklah menentukan harga nilai emas tersebut. Sebagai contoh harga  rantai emas itu RM1000. Anda hendaklah menolak kos pembayaran pengadaian dan bakinya hendaklah dikembalikan kepada pemilik barang emas tersebut. Peringatan: Sedikan surat akur janji jual beli yang mengandungi akur janji mengesahkan pemilik telah menjualnya kepada anda.Salinan kad pengenalan dan tanda tangan pemilik.
6) Jika si pemilik hendak menngadainya kepada anda. anda hendaklah menyedikan surat akur janji gadaian yang hampir sama dengan surat gadaian pajak gadai. Salinan kad pengenalan dan upah simpan barang 5% dalam temoh 6 bulan. Anda hanya perlu memberikan nilai 10% sahaja kepada pemilik tentang harga gadaianya. Contoh: Harga Emas - harga pengambilan gadaian = jumlah + nilai 10% gadaian baru dan upah 5%.
7) Perjanjian tamat tempoh pengambilan perlulah ditulis dalam surat akur janji. Jika 6 bulan dari tarikh atau kurang 6 bulan dari tarikh. Jika setelah tamat tempoh dan pemilik tidak mampu untuk menebusnya, maka barang emas tersebut secara saha menjadi milik anda. Jika pemilik menebusnya. Harga sebenar tebusan ialah: Harga semasa tebusan di pajak gadai + harga gadaian baru + 5% upah  simpanan = ?

Sesetengah penerima gadaian meletakan syarat yang menetapkan kos simpan yang tinggi. Nasihat saya anda hanya perlu mengambil upah simpan 5% daripada harga barang emas tersebut. Dengan cara ini anda akan memiliki ramai kenalan hasil dari buah mulut-ke mulut pelangan anda.


Contoh surat akurjanji menebus gadaian (beli surat gadai)







_______________________________________________________________________________
HOME   PAGE 1   PAGE 2   PAGE 3   PAGE 4  PAGE 5  PAGE 6   PAGE 7   PAGE 8