salam

emas

BAB (8) Bagaimana mencari pelanggan.Bagaimana menggunakan saluran komunikasi untuk perniagaan anda ini.

Seperti yang saya terangkan secara tidak langsung di dalam beberapa bab yang lain. Untuk memajukan dir dalam perniagaan ini anda perlu mempunyai maklumat lengkap penyampaian kepada setiap orang sama ada disekelilingi anda , saudara mara, kawan-kawan atau mereka-mereka yang anda tidak lagi kenal.

Bagi saya setelah saya bersedia untuk menjadi sudagar emas, peringkat permulaan saya mewar-warkan kepada saudara-mara, kawan-kawan, kenalan jauh dan dekat dan autonetif lain melalui internet.Caranya amat mudah. iaitu:

1) Sediakan modal permulaan.
2) Sediakan kad nama
3) Sediakan panplet
4) Sediakan poster
5) Buat blog ringkas. Isi maklumat perniagaan anda. dan perhubungan dengan anda.
6) Buka akaun facebook atau lain-lain laman friendfinder dan add seberapa ramai orang dan linkkan blog anda.
7) Buat blog yang tepat mengenai perniagaan SAUDAGAR EMAS.
8) Jangan tumpukan kepada membeli emas lama sahaja, gabungkan juga dengan pembelian jongkong emas. (ambil contoh dari blog saya)
9) Jangan abaikan blog anda, sentiasa update dan isi maklumat terkini tentang emas, harga pasaran, jualan emas, lelongan emas. Dapatkan maklumat dari laman web lain.Kemudian masukan ke blog anda.
10) Publiskan blog anda melalui webmaster / google / yahoo dan sebagainya.
11) Ringan-ringankan tangan memberi kepada sesiapa saja kenalan baru kad nama anda dan panplat niaga anda.
12)Jadi seorang saudagar emas dengan melantik agen-agen baru dari kalangan kawan-kawan anda.Berikan mereka imbuhan % daripada keuntungan anda.Jangan tamak dalam pemberian, biarkan ramai agen baru dibawah anda.


TIP MENJADI USAHAWAN EMAS BERJAYA:

Untuk pengetahuan anda semua, saya selalu dapat soalan-soalan berkenaan business emas.
Ada orang tanya saya cammana nak jadi tokey emas, ada yang minta pendapat saya tentang business model emas dan macam-macam lagi…
Untuk posting kali ini, saya ingin memberikan panduan bagaimana anda boleh memulakan perniagaan emas. Bagi mereka yang nak panduan berniaga emas maka artikel ini boleh membantu.

Perniagaan emas.
Rasulullah pernah bersabda, 9/10 daripada rezeki datangnya daripada perniagaan. Best tu…
Sekarang cuba bayangkan…
Anda mempunyai perniagaan emas sendiri… bila orang beli emas anda dapat duit.. orang beli emas dapat lagi duit… dan duit itu pula datang sepanjang masa.. kekadang pagi.. tengahari…petang… malam… hari bekerja..hari cuti… semuanya duit.
Best tak?
Perniagaan emas ialah perniagaan yang sangat menarik dan menguntungkan.
Ini kerana:
1. Minat manusia terhadap emas tidak pernah pudar. Makin bertambah ada lah….
2. Orang tetap akan beli emas walaupun harga tinggi atau rendah.
3. Kalau anda simpan stok emas, nilainya akan naik dalam jangkamasa panjang.
4. Senang jual dan beli. Bila pelanggan tahu anda jual emas, diorang yang akan cari
anda untuk beli… nak jual pun diorang akan cari anda.


Tips perniagaan emas yang berjaya:

Berdasarkan kajian saya, terdapat 5 perkara yang sangat penting kalau anda nak jadi peniaga emas yang berjaya:

1. Anda mempunyai pembekal (supplier) yang baik.
2. Anda mempunyai pembeli yang baik
3. Banyak cash (lagi banyak lagi bagus)
4. Sifat amanah dan boleh dipercayai
5. Banyak ilmu berkenaan emas.
Ok, mari saya huraikan satu persatu:

1. Pembekal yang baik.
1. Boleh memberikan stok emas dalam kuantiti yang anda kehendaki.
2. Kalau boleh dapat stok segera lagi bagus. Kalau kena tunggu lama then susah lah..
3. Supplier mesti mampu memberikan emas ketika harga emas naik ataupun turun.
Kalau supplier anda boleh supply ketika harga emas naik tapi takder stok waktu
harga turun, then anda akan hadapi masalah nak buat business.
4. Sanggup membeli balik emas pada spread yang kecil. Bukan setakat jual lepas tu
tak nak ambil balik emas diorang ataupun potong sampai 10% keatas.

2. Pembeli yang baik.
Selain daripada pembekal yang baik. Anda perlukan pembeli yang baik. Pembeli yang bermasalah akan memeningkan kepala anda dan boleh merugikan masa dan perniagaan anda.
1. Pembeli mesti membayar cash bila beli emas ataupun semasa lock harga emas.
Emas nie tak boleh beli secara hutang atau ansuran. Hukumnya haram
2. Pembeli anda mesti jujur. Kalau dah bersetuju untuk membeli atau “lock” pada
harga tertentu, maka kenalah ikut harga yang dipersetujui.
(p/s: lock bermaksud pembeli dan penjual bersetuju membeli dan menjual emas
pada satu harga yang dipersetujui bersama).


Dalam business ini anda akan jumpa pembeli yang tidak jujur dan pentingkan diri sendiri. Mula-mula setuju untuk ‘lock’ harga, tetapi bila harga emas turun daripada harga yang dia booking… maka jadilah adegan drama minta diskaun lah… takut rugilah… nak lock harga baru lah…nak batalkan pembelian lah.. telepon tak angkat lah..dan macam-macam lagi…


3. Banyak cash (lagi banyak lagi bagus)
1. Dalam business emas, lebih banyak cash lebih bagus. Anda boleh simpan banyak
stok. Tambahan pula kalau stok dibeli pada harga murah dan dijual pada harga
tinggi. Anda menggandakan keuntungan.
2. Cash diperlukan untuk membeli balik emas daripada pelanggan jika mereka nak
jual balik emas mereka. So cash kena ada banyak.
3. Kalau dalam business emas terpakai memang banyak tunai diperlukan.

4. Sifat amanah dan boleh dipercayai.
1. Dalam business emas, sifat amanah, jujur dan boleh dipercayai sangat penting.
Bila pelanggan bank-in duit, kita kena hantar emas.
2. Jangan mungkir janji atau tipu pelanggan. Kalau ada masalah,
just beritahu pelanggan. Jangan nak sembunyi-sembunyi.
3. Kalau order emas dari supplier.. jangan batalkan.
Kalau dah lock harga dengan pelanggan, kita kena ikut harga tu..

5. Banyak ilmu tentang emas.
1. Lebih banyak ilmu dan pengetahuan mengenai emas yang anda ada,
maka pelanggan lebih yakin terhadap anda.
2. Lebih yakin pelanggan anda terhadap anda, lebih banyak jualan anda.
3. Anda pun akan lebih yakin apabila berhadapan dengan pelanggan.
4. Nak dapat ilmu emas? baca dan print semua artikel blog jutawanemas (sila klick ke link makllumat terkni untuk kelaman web jutawan emas.)
5. Banyakkan bertanya kepada orang yang tahu.. contohnya tanya saya.
6. Banyak baca buku, website, artikel dan lain-lain.














SELAMAT MENCUBA....


________________________________________________________________________________
HOME   PAGE 1   PAGE 2   PAGE 3   PAGE 4  PAGE 5  PAGE 6   PAGE 7    PAGE 8   PAGE 9