salam

emas

MAKLUMAT TERKINI

Ruangan ini akan saya isikan dengan maklumat terkini tentang perniagaan emas serta website yang memberikan perkembangan semasa tentang dunia perniagaan emas supaya memudahkan anda melayari untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan semasa.
_______________________________________________________
MAKLUMAT TERKINI
_______________________________________________________

Kenapa emas penting (Artikal Baru)

1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya

Sejak dari dulu lagi emas menjadi simbol kekayaan hinggalah zaman sekarang. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.

Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.

2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah mula meningkat. Siapa yang simpan emas sejak masa itu, memang menguntungkan!
Purata kenaikan harga emas adalah sekitar 27% setahun. Siapa nak bagi anda untung setinggi ini? ASB jika tinggi pun, anda akan dapat 12% setahun. Yang mana satu lebih untung?
Jika anda kawin pada tahun 2001, barang kemas 916 dibeli pada harga RM50 segram. Pada hari ini, emas 916 mencecah harga RM122 segram!!

3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang

Senang saja. Sebagai contoh, pada tahun 1980an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 20 sen dan 30 sen sebagai duit poket. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum. Bagaimana dengan sekarang – tahun 2009? RM 5 sehari pun tidak cukup..

4. Aset yang terunggul
Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia. Katakanlah negara kita dilanda peperangan. Kita lari dengan membawa emas ke negara lain. Ianya boleh ditukarkan kepada wang kertas negara itu. Dan dengan emas itu, kita mampu hidup di negara tersebut. Lain pula jika kita membawa wang kertas kita, adakah ianya laku di negara lain? Ibarat ‘wang kertas Iraq’ yang sama sekali tidak bernilai akibat peperangan.

5. Ia tidak boleh dimanipulasikan
Emas sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Jadi, ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai.
Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Rm 1 juta hari ini tidak akan bernilai RM1 juta lagi pada 5 tahun akan datang.


Kenapa DINAR-DIRHAM ? (artikal baru)

KENAPA DINAR-DIRHAM Ini adalah pertanyaan penting abad ini, kenapa kita perlu kembali ke alat-tukar emas dan perak? jawabannya adalah untuk meninggalkan sistem riba (wang kertas dan perbankan) kerana mentaati Allah dan Rasulullah.
Emas adalah logam mulia dan nilainya tidak tergantung pada bangsa mahupun ekonomi manapun. Nilainya hakiki. Emas mudah disimpan, serta dikenali sebagai harta kekayaan nyata hampir di seluruh pelusuk dunia.
Standard baru World Islamic Trading Organisation (WITO) atau Organisasi Perdagangan Islam Dunia berdasarkan kepada ukuran tradisional dinar-dirham selama masa permerintahan kaum Muslim

KEGUNAAN DINAR-DIRHAM Karena Dinar (emas) dan Dirham (perak) mempunyai berbagai fungsi dalam muamalat islam sebagaimana contoh di madinah al munawwara yang antara lain:

1.      Untuk Perdagangan Atau Jual-Beli Sebagai alat tukar, koin dinar emas dan dirham perak dapat digunakan untuk membayar benda niaga dan jasa. Di masa Rasulullah SAW, seekor ayam dapat dibeli dengan harga 1 dirham, dan hingga hari ini harga ayam masih tetap sama dengan 1 Dirham, 1 ekor kambing dewasa dapat di beli dengan harga 1 dinar hingga hari ini. Ertinya selama 1400 tahun inflasi tiada. Tidak ada alat tukar manapun di seluruh dunia yang dapat melakukan hal sebgini rupa.

2.      Untuk Pembayaran Zakat Pelaksanaan zakat telah dijelaskan dengan sempurna dan diatur dalam fiqh 4 Imam Madhab ahlul sunnah wal jamaah. Selama berabad-abad saat fiqh dijalankan oleh Khalifah, Sultan ataupun Amir, zakat mal ditunaikan dalam emas dan perak, ini adalah aturan syariah kita.

Saat pertama kali di abad terakhir kolonial menggunakan wang kertas, ulama tradisional menolaknya kerana berlawanan dengan fiqh. Di antara ulama tersebut muncul ulama terkemuka keturunan Maghribi, Shaykh Muhammad ‘Allish (1802 – 1881), Shaykh para shaykh Maliki di Universitas Al-Azhar di Mesir. Beliau menulis dalam fatwanya jika seseorang mahu membayar zakat dengan kertas, maka hanya nilainya sebagai benda niaga (‘ayn), iaitu, nilainya sebagai kertas yang boleh diterima. Dengan demikian, nilai nominalnya tidak boleh digunakan untuk membayar zakat “Jika zakat adalah wajib dengan mempertimbangkan zatnya sebagai benda niaga, maka nisabnya bukan pada nilainya tetapi pada zat dan jumlahnya, sebagaimana emas, perak, biji-bijian, ternak atau buah-buahan. Kerana zatnya (kertas) tak bererti (dalam harga) untuk pembayaran zakat, maka kertas harus diperlakukan sebagai tembaga, besi, atau benda serupa lainnya”

3.       Sebagai Alat Tukar Emas dan perak adalah alat tukar universal di seluruh dunia selama berabad-abad. Emas di China sama dengan di Afrika. Sebagai alat tukar untuk pembayaran antarabangsa, emas menghilangkan segala hambatan yang dibuat-buat yang timbul akibat perbezaan mata wang kertas di setiap negara.

Sebagai alat tukar yang nyata dinar – dirham mempunyai beberapa keunggulan antara lain:
• Kestabilan kewangan
• Alat tukar yang mempunyai nilai terbaik
• Meminimalkan spekulasi dan manipulasi
• Tidak mengenal perbezaan nilai tukar
• Penyebaran risiko dan menghidupkan kembali perniagaan sektor
• Tidak mengenal batas wilayah dan waktu
• Melindungi masyarakat atau bangsa

4.       Untuk Tabungan atau Simpanan, Jelaslah bahawa menabung dalam emas menjadi benteng dari manipulasi mata wang kertas oleh pemerintah mahupun spekulasi kewangan. Meskipun sebagai bendanya boleh saja diperdebatkan bahawa emas juga menjadi sasaran berkala, namun kenyataannya jika dibandingkan dengan nilai nisbi benda niaga lain, nilai emas tetap sangat kukuh, sama sekali lebih kukuh dari mata wang kertas manapun.
Siapa Yang Mencetak Dinar-Dirham Dinar Emas dan Dirham Perak dicetak pertamakali kembali oleh 3 fuqara Shaykh Dr.Abdalqadir as-Suf pada tahun 2000, Dalam peredarannya Dinar-Dirham dijaga dan diawasi oleh amir-amir dunia.


Bagaimana Nilai Tukarnya Nilai tukar Dinar dan Dirham mengikuti harga pasar emas dan perak yang berlaku pada saat penukaran (biaya cetak dan biaya distribusi).

Penukaran Dinar-Dirham Kepada kertas Jika anda telah memiliki Dinar-Dirham maka pada dasarnya itu boleh digunakan kepada orang-orang terdekat yang telah mengerti tentang ini semua ataupun jika Dinar emas atau Dirham perak mahu ditukarkan kembali kepada wang kertas dapat ditukarkan kepada wakala-wakala/ agen-agen terdekat dengan tempat anda.




__________________________________________________________________________________
LAMAN WEB YANG DI SAMBUNGKAN
__________________________________________________________________________________
 
Mulakan perniagaan emas dengan mygold-online.com
Saya dapati mygold-online ini menarik urusniaganya, boleh bayar ansuran dan beli berkumpulan (kutu).Bagi kita yang ingin memulakan perniagaan, mygold-online ini memberi peluang dengan modal yang boleh dikatakan murah RM5000. Anda boleh memilih produk yang anda suka, anda akan diberi timbang dan diskaun menarik. Untuk maklumat lanjut anda lawati website ini.

Seminar Peluang Perniagaan Emas

Update Tentang Seminar Emas & Seminar Buat Rangkaian Dealer

Kesabaran Dalam Perniagaan Emas Online

Hukum Akaun Pelaburan Emas di Bank Malaysia

EMAS PERCUMA dalam Barangan Elektronik Terpakai / Rosak

Harga emas meningkat lagi. Anda terus ketinggalan dan rugi…

Peluang Menjadi Usahawan Emas- Jadi Agen

Anda ada blog / Website / Produk ? Iklankan Blog / Produk Anda Percuma Di Majalah.com

JOIN EMAS RAKYAT
  
Emaschantique - Butik emas 916
Emaschantique.blogspot.com merupakan laman web Butik emas 916 web penjualan emas online. Emas adalah seriwanita yang menjadi lambang perhiasan kaum hawa. Kami menjual emas 916 lebih murah dari kedai di pasaran luar agar dapat memberi peluang semua wanita memilikinya...

Panduan Pelaburan Emas- Bukan Semua Orang Tahu Tentang Ini...

Pemborong Emas. Menjual dan Membeli Emas

Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet
Trafik, Blogging, Produk Informasi, Internet Marketing

Berita Baik!E-Book tentang Emas dah terbit

PUBLIC GOLD

Kali ni ada lagi seminar..hampir setiap minggu ade je seminar..
semuanya khas untuk anda semua.

IKLANKAN BLOG / WEBSITE / PRODUK anda di Sini Percuma

BullionVault: Cara Meniaga Emas Online

Komen Dato’ Salleh Majid. Mantan CEO BSKL Tentang Emas.

Langkah Bijak Seorang Peniaga Emas
http://niaga24jam.com/

_______________________________________________________________________________








www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws


Emas dalam elektronik (computer)
Seperti yang diketahui umum, emas adalah konduktor elektrik dan haba yang baik, ia masih digunakan secara meluas didalam peralatan elektronik di rumah anda. Emas paling mudah diperolehi pada bahagian “finger” iaitu yang jarum halus yang menyambungkan diod, perintang,transformer atau apa sahaja yang (saya dah lupa nama alat elektronik) saya main tulis je ok. Tetapi lapisan emas disini sangat nipis. Untuk mengoresnya dengan kertas pasir mungkin susah, cara paling mudah adalah larutkan processor tersebut dengan campuran Aqua Regia (seperti dibawah). Tapis (filter) buang residue, ambil result dan keringkan.

Pekakas yang paling mudah untuk mendapatkan ekstrak emas adalah processor computer dan motherboard. Lagi lama alat itu, lagi banyak emas yang terkandung didalamnya. Baiklah sedikit bahan yang diperlukan untuk mengesktrakkan emas dari alat elektronik adalah Asid Hidroklorik (HCL) dan Asid Nitrik (HNO3) . (boleh diperolehi dalam bentuk pellet di kedai kimia berdekatan). Campurkan kedua-duanya (aqua regia 3: 1, HNO3:HCL) dan rendamkan processor. Ta-ta! emas akan diekstrak sendiri dari processor dan membentuk mendakan dibawah, basuh dan keringkan, anda telah memperolehi emas untuk dijual.Lihat Vedio di bawah ini:-









______________________________________________________________________________

Menyusul lagi maklumat dan blog / website untuk rujukan anda 
dikemaskini mengikut keperluan semua.

Jika anda ada sebarang pertanyaan atau komen sila hantarkan kepada saya dengan mengisi borang dibawah:















Nama Ahli:*


Email:*


Pendapat Anda Tentang Blog Ini:*


Message:*


Tarikh:*

Verification No.:*
contact form faq verification image
HTML form powered by 123ContactForm








____________________________________________________________________________________

HOME   PAGE 1   PAGE 2   PAGE 3   PAGE 4  PAGE 5  PAGE 6   PAGE 7    PAGE 8   PAGE 9

Sila klick Sign Out jika selesai membuka blog ini
bagi mengelakan pengguna lain menceroboh.